MyRumah: Pemaju Disaran Sediakan Skim Sewa Beli

0

06ray.transformed

JOHOR BAHRU: Syarikat hartanah disarankan supaya menyediakan skim sewa beli kediaman bagi membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kediaman sendiri. Ketua Pegawai Eksekutif Wonderbucks Bhd, Ray Chung Han Bon, berkata pada masa sama kerajaan harus menyediakan garis panduan skim itu terutama dalam memperoleh kerjasama bank untuk membiayai pinjaman berkenaan selepas tempoh sewaan.

Katanya, skim sewa beli masih baharu dalam kalangan pemaju di negara ini yang mana skim itu boleh mengelakkan pemaju berdepan kerugian apabila unit yang disiapkan tidak dapat dijual.

“Setakat ini, ada lebih 16,000 unit rumah pelbagai kategori yang sudah siap tetapi tidak dapat dijual di seluruh negara.

“Saya yakin, sekiranya pemaju terbabit menawarkan skim sewa beli dan ada bank yang sanggup membiayainya maka isu lambakan ini dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ‘Forum: Sewa Untuk Memiliki Rumah Idaman Anda Secara Digital’, di Pameran Hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd di KOMTAR JBCC di sini, hari ini.

Pameran hari kedua yang berlangsung sehingga esok itu disertai seramai 18 pempamer termasuk 11 syarikat hartanah Johor Land Bhd, Casa Andaman Sdn Bhd, Country Garden Pacificview Sdn Bhd dan UDA Land (South) Sdn Bhd.

Han Bon berkata, skim sewa beli kediaman adalah kaedah terbaik untuk memiliki kediaman dalam jangka pendek khususnya kepada bakal pembeli generasi muda yang berdepan kekangan pinjaman bank.

Katanya, kebiasaannya tempoh sewaan adalah selama tiga tahun yang akan membantu penyewa menstabilkan kewangan dalam tempoh itu sebelum membeli rumah.

“Skim sewa beli sudah dilaksanakan di kebanyakan negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia kerana harga hartanah yang tinggi dan bank yang menawarkan pinjaman yang rendah,” katanya.

Katanya, Wonderbucks sebagai penyedia urusan jual beli hartanah dalam talian, setakat ini menawarkan 60 unit kediaman untuk sewa beli oleh beberapa pemaju dan dijangka 200 unit lagi akan menyertai senarai itu tidak lama lagi.

News Source: Berita Harian

Share.

About Author

mm

WonderList is a real estate mobile application that promotes genuine listings and creates networking. Our mission is to bring property agents from around the world into an online platform that promotes trust, integrity and professionalism.

Leave A Reply